Tuesday, January 11, 2011

Dia Ahli Syurga..


Aku terpanggil untuk berkongsi cerita yang telah lama bagi mengisi kekosongan blog ku ini. Dia seorang ahli syurga, bukan mengenai sahabat Nabi, para Wali dan sebagainya. Subhanallah, Maha Suci Allah. Dia yang menciptakan setiap sesuatu ada hikmahnya. Siti Khadijah yang dilahirkan tidak sempurna sebagaimana kita semua. Tapi dia mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dia merupakan ahli syurga. Tahniah buat kelurga maksu kerana diberi peluang oleh Allah Taala untuk menjaga salah seorang dari ahli syurga. Dia bukan darah daging Mak Su, dia anak angkat Mak Su kerana sampai ke hari ini Mak Su tidak dikurniakan anak. Kini, Mak Su mempunyai 2 orang cahaya mata angkat iaitu Siti Aminah dan Siti Khadijah. Bukan senang kalau nak difikirkan untuk menjaga seorang yang kurang upaya yang bukan darah daging sendiri tetapi Maksu berjaya membuktikannya. Kami memanggilnya Jijah dan kini dia telah berusia 3 thn setengah tapi hanya mampu terbaring dan tersenyum bagi sesuatu yang dia rasakan kelakar. Dia suci bagai bayi yang baru dilahirkan semalam dan akan kekal begitu hingga ke akhir hayatnya. Maha Suci Allah memberikan Jijah keluarga angkat yang amat menyayanginya, dia ditatang seperti minyak yang penuh, dia dilimpahi dengan sepenuh kasih sayang dan dijaga dan diberi rawatan yang bersesuaian dengan dia.




bersama keluarga tercinta...

No comments:

Post a Comment