Friday, April 23, 2010

Posing....

heheh,,ari in gi pantai Tok Jembal..
de shooting kat sana..
bkn utk jadi cover majalah or sbg model hari ini..
tp saje nak galok time pressure x'm..
hehe,,bkn sebarang manusia yg tgkap gambar kami tapi seseorang yg amat profesional dlm bidang photographer...hehehe,bangga rasa..
walaupun xtau nk posing,gmbr pmndgn blkg msti jadi..
ahaha,,itulah saya..
seseorang yg bkn photogenic...
tp pe2 pn TQ xterhingga pd kwn 2 and En Azrul..
mmg menghilangkan tension ari ni..

Sunday, April 18, 2010

hari pertama x'm...

Ari ni paper pertama...
Akidah Akhlak...semngat nk jwb maklum la paper 1...
18 hb 4,kul 8 pg dh tercangak kat DABS tggu nk msuk x'm,,
heheh,,debo rasa...Semoga blh jwb dgn mudah ...AMIN...
Ayah

Wednesday, April 7, 2010

Istiqamah

Istiqamah bermaksud berterusan dalam melaksanakan perkara-perkara yang baik dan tidak bercanggah dengan islam. Istiqamah dalam melaksanakan sesuatu perkara kebaikan amatlah dituntut dalam Islam. Amatlah menjadi kerugian sekiranya seseorang itu telah dan mampu melaksanakan sesuatu perkara atau amalan kebaikan, tetapi tidak mampu untuk terus beristiqamah dalam melaksanakan amalan tersebut. Firman Allah di dalam Al-Quran:
فا ستقم كما أمرت
Maksudnya:“Maka beristiqamahlah (atas perkara kebaikan) yang diperintahkan kepada kamu…”
(Hud 11:112)

Untuk mengatasi masalah tidak mampu beristiqamah, setiap individu muslim haruslah memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan hidup manusia sepanjang hari. Setiap individu muslim apatah lagi mereka yang akan menjadi pendakwah di atas muka bumi Allah, haruslah memberikan penekanan terhadap perkara-perkara berikut;

Amal Islami – Amal Islami adalah segala amalan kebaikan yang tidak melanggar syara’. Setiap amalan muslim seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya adalah amal Islami. Selain itu segala amalan baik yang memberikan faedah terhadap diri, agama dan negara juga dikira amal Islami dengan syarat amalan tersebut adalah tidak bercanggah dengan syara’.

Amal Ijtimaie – Amal ijtima’ie adalah amalan kebaikan yang dilakukan untuk kebaikan masyarakat. Ianya juga termasuk dalam amal-amal Islami. Contobnya: Membersihkan kawasan tanah perkuburan dan membina masjid.

Amal Jamai’e – Amal jamai’e pula adalah pelaksanaan terhadap perkara-perkara yang ditetapkan oleh kepimpinan sesebuah jamaah samada secara berseorangan ataupun tidak untuk kepentingan jamaah Islam. Ianya juga adalah sebahagian daripada amal Islami. Amal Jamaie hanya terkhusus kepada ahli sesebuah jemaah sahaja.

Dengan pemahaman terhadap amal Islami, ijtima’ie dan jamai’e, maka masalah untuk tidak istiqamah mampu diatasi. Memahami konsep jamaah Islam adalah satu perkara yang harus ada bagi memastikan diri sentiasa berada di dalam jalan yang sewajarnya. Hal ini diceritakan sendiri oleh Rasulullah dalam hadithnya:
عليكم بالجماعة ، الجماعة الرحمة والفرقة العذاب
Maksudnya:“Hendaklah kamu berada di dalam jemaah kerana sesungguhnya jamaah itu adalah rahmat sedangkan perpecahan adalah azab”

DALIL-DALIL PERLUNYA AMAL JAMA’IE

Dalil AL-Quran – Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف
وينهون عن المنكر وأولــئك هم المفلحون


Maksudnya:“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada ma ‘aruf dan mencegah dari kemungkaran dan merekalah orang yang berjaya”
(Ali Imran 3:104)

Firman Allah dalam surah As-Soff:
إن الله يحب الذين يقتلون في سبيله صفا كأنهم بنيـن مرصوص
Maksudnya:“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan seolah¬-olah satu binaan yang kukuh”
(As-Soff 61:4)

Dalil Al-Hadith – Sabda Rasulullah s.a.w.:



Maksudnya:“Apabila berjalan tiga orang dalam sesuatu perjalanan maka hendaklah mereka mengangkat salah seorang daripada mereka seorang ketua”
(Riwayat Abu Daud)
عليكم بالجماعة الجماعة الرحمة والفرقة العذاب
Maksudnya:“Hendaklah kamu berada di dalam jemaah kerana sesungguhnya jamaah itu adalah rahmat sedangkan perpecahan adalah azab”

Dalil Qawaid Fiqhiyyah –
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
“Tidak sempurna sesuatu yang wajib itu melainkan dengannya (sesuatu yang tidak wajib asalnya) maka ianya menjadi wajib”

Dalil Aqli Yang Berdasarkan Waqi’ Semasa:
Hujah yang menekankan mengenai kepentingan amal jama’ie adalah waqi’e dan sesuai dengan realiti masyarakat pada hari ini. Mana mungkin kita mampu bergerak berseorangan untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Oleh itu hujah melaksanakan amal jama’ie adalah releven dan sesuai dengan waqi’e semasa.

KONSEP DAN TA’ARIF HARAKAH ISLAMIYYAH

Dalam ketiadaan sebuah Khilafah Islamiyah yang di dalamnya terlaksana satu sistem pemerintahan Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Selepas jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyah hingga kini, keadaan ummat Islam berada dalam keadaan yang cukup lemah. Oleh kerana itu, harakah Islamiyah mengambil tempat Khilafah Islamiyyah yang bertanggungjawab mengembalikan semula kegemilangan Islam di samping mengembalikan semula Khilafah Islamiyyah yang telah hilang.

Hal ini berdasarkan kaedah Fiqh;
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Tidak sempurna sesuatu yang wajib itu melainkan dengannya (sesuatu yang tidak wajib asalnya) maka ianya menjadi wajib”

CIRI-CIRI HARAKAH ISLAMIAH

• Jamaah yang ditububkan atas kesedaran melaksanakan tajdid.
• Jamaah yang menyokong dan memelihara kesyumulan ajaran Islam sejagat
• Daulah Islamiyah adalah matlamat.
• Jamaah yang memelihara tradisi ilmiyyah dan ‘aqliyyah.
• Jamaah yang berada di bawah kepimpinan dan nasihat ulama’.
• Jamaah yang bersifat realistik dan praktikal
• Jamaah yang bergerak di kalangan rakyat jelata (jamaah ummah)
• Jamaah yang punya kekuatan dan kemampuan untuk membina ummah
• Jamaah yang pendokongnya mewarisi sifat-sifat hizbullah
• Jamaah yang tersendiri dan tidak dikuasai kuasa-kuasa yang punya kepentingan sendiri
• Jamaah yang bersifat sejagat (alamiyyah)

Sifat-sifat hizbullah adalah berdasarkan ayat 54-56 Surah al-Maidah :-
• Mereka mencintai Allah mengatasi kecintaan terhadap yang lain
• Berlemah lembut sesame mukminin
• Bersikap tegas dengan orang kafir
• Berjihad dan berkorban pada jalan Allah
• Tidak takut terhadap celaan orang yang mencela
• Memberi wala’ dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah dan Rasul

KATEGORI JEMAAH MASA KINI

Jemaah yang ditubuhkan atas kesedaran melaksanakan tajdid
Penubuhan jemaah ini adalah lahir dari kesedaran pemimpin dan ulama’ untuk mengembalikan penghayatan Islam. Sekalipun mempunyai kekurangan pada waktu ia ditubuhkan, namun ia tetap berjalan atas landasan keIslaman. Pendokong-pendokong jemaah ini bangun menentang penjajah dan menyebarkan Islam

Jika sesebuah jemaah berikrar untuk memperjuangkan kesyumulan Islam, bermakna ia telah berada di atas landasan yang sebenar. Selain itu, pengalaman juga penting. Pengalaman-pengalaman praktikal adalah lebih bererti dari tarbiyah ilmu semata-mata tanpa melibatkan diri dalam medan yang sebenar.

Di antara jemaah dalam kategori ini ialah Ikhwanul Muslimin (Hassan al-Banna), Jam’iyat Islami (Abul A’la al-Maududi), Jam’iyatun Nur (Badi’uzzaman Sayid Nursi) dan Hizbul Muslimin.

Jemaah yang ditubuhkan atas dasar pembahagian tugas
Jemaah dalam kategori ini ditubuhkan atas dasar melaksanakan atau menyemprnakan kerja-kerja yang tidak dapat dilaksanakan oleh jemaah kategori yang pertama kerana adanya sekatan undang-undang atau peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.


Untuk memastikan kemurnian risalah Islam dan kelangsungan kegiatan Islam, maka perlu diwujudkan jemaah di institusi-institusi atau tempat-tempat tertentu yang tidak dapat ditembusi oleh jemaah yang pertama. Jemaah kecil yang bertebaran ini tidak lebih sebagai ‘front-front’ gerakan sahaja, tetapi dari sudut matlamat, dasar, dan kepimpinan adalah tetap bersama-sama dengan jemaah yang pertama.

Jemaah yang ditubuhkan atas dasar tidak puas hati
Penubuhan jemaah ini biasanya dibuat kerana dasar tidak puas hati atas aspek-aspek tertentu. Keanggotaan jemaah mungkin terdiri daripada gabungan ahli-ahli yang keluar dari jemaah yang pertama (kerana tidak puas hati) dan ahli-ahli baru yang belum menyertai mana-mana jemaah.

Jemaah dalam kategori ini lahir kerana:
a. Tidak puas hati atas dasar-dasar, pentadbiran, pelaksanaan, dan sebagainya.
b. Tidak puas hati kerana gagal atau lambat mencapai matlamat, cita-cita dan sebagainya.

Jemaah yang ditubuhkan dengan tujuan membantu kekafiran
Jemaah sebegini amat merbahaya kerana pergerakannya yang halus dan licik, amat sukar dikesan. Jemaah begini berlindung di sebalik wajah Islam para pendokongnya dan aktivitinya yang berkonsepkan kemasyarakatan, pembangunan dan kemajuan. Tetapi matlamat serta tujuan penubuhan adalah menjurus kepada jahiliyah dan kemaksiatan kepada Allah.

FUTUUR:

Firman Allah s.w.t.:
وله من في السمـوت والأرص ومن عنده
لا يستكبرون عن عبادته ولا يستحسرون
Maksudnya: “Dan kepunyaanNya sajalah segala yang ada di langit dan di bumi dan )malaikat( yang ada di sisi¬Nya, mereka tidak mempunyai rasa angkuh untuk beribadah kepadaNya dan tiada pula merasa letih “.
(Al-Anbiya’ 21:19)

Tafsir: Para malaikat senantiasa tetap dalam keadaan beribadah terus menerus, menyucikan Allah dari seluruh sifat yang tidak layak dengan kekuasaanNya. Mereka berselawat dan berzikir kepada Allah sepanjang rnalam dan siang, tanpa rnerasa letih dan bosan.
(Shafwatul-Tafasiir, Ash-Shabuni 1/257-258)

PENGERTIAN FUTUUR

Bahasa:
• Terputus setelah terus menerus atau diam setelah bergerak.
• Sikap malas, lembab dan santai setelah sebelumnya giat dan bersungguh-sungguh.
• Perkataan fatara bermaksud sikap berdiam diri setelah sebelumnya bergiat atau melemah sebelumnya kuat
(Lisan al-Arab, Ibnu Manzur 5/43)


Istilah:
Suatu penyakit hati (rohani) yang kesan minimanya timbul rasa malas, lembab dan sikap santai dalam melakukan suatu amalan yang sebelumnya pernah dilakukan dengan penuh semangat dan tawajjuh. Manakala kesan maksimanya adalah terus meninggalkan amalan tersebut. Penyakit rohani ini kerap menjangkiti para aktivis dakwah atau mereka yang terlibat dalam jalan da’wah dan jihad fi sabilillah.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB FUTUUR

1. Sikap Ekstrim Atau Berlebih-Lebihan Dalam Menjalankan Aturan Agama
Hadis:

“Jauhilah sifat ghulu’ (berlebih-lebihan) dalam beragama, kerana sesungguhnya orang sebelum kamu telah binasa akibat sikap itu”
(Riwayat Ahmad)

“Binasalah orang yang berlebih-lebihan (3x). Iaitu orang yang terlalu memberatkan diri dari melanggar batas dalam berbicara dan beramal”
(Riwayat Muslim)

“Jangan terlalu memberatkan dirimu, kerana kamu pasti akan dipersulitkan olehnya. Sungguhnya, sekelompok manusia telah terlalu memberatkan dirinya dan dipersulit oleh perbuatannya sendiri. Lihatlah sisa-sisa mereka yang ada di gereja-gereja dan biara-biara. Merekalah rahib-rahib (yang mengurungkan diri dalam biara, tidak bersuami dan beristeri) yang mengada-ngada. Padahal kami (Allah dan Rasul) tidak mewajibkan kepada mereka, tetapi mereka sendirii yang mengada-ngada”
(Riwayàt Abu Daud)

“Agama itu mudah dan tidaklah seseorang itu mempersulitkannya kecuali akan dikalahkan oleh dirinya sendiri”
(Riwayat Bukhari)

“Sesungguhnya Allah suka kamu mengerjakan rukhsah sama seperti mana, Dia benci kamu melakukan ma’siat”.
(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

2. Sikap Melampaui Batas Dalam Melakukan Hal-Hal Mubah
Firman Allah s.w.t.:
يبنى ءادم خذوا زينتكم عند كل مسجد و كلوا واشر بوا ولا تسرفوا
إنه لا يحب المسرفين
“Wahai anak Adam, kenakan perhiasan kamu setiap (mernasuki) masjid, serta makan dan minurnlah, namun janganlah berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai sesuatu yang berlebih-¬lebiban”
(Al-A’raaf 7:31)



Hadis (mafhumnya):

“Jauhilah olehmu rasa kenyang dalam makan dan minum, kerana sesunggubnya hal itu perosak tubuh, melahirkan penyakit, serta akan menyebabkan rasa malas melakukan solah. Hendaklah kalian seimbang dalam melakukan kedua-duanya (makan dan minum), kerana hal itu adalah lebih baik bagi tubuh dan jauhkan dari berlebih-lebihan. Allah s.w.t. membenci kegemukan dan seseorang tidak akan celaka kecuali agama dipengaruhi oleh syahwatnya”
(Kanzu Al-Ummal, ‘Alaa Uddin)

3. Memisahkan Diri Dari Jama‘Ah Dan Lebih Mengutamakan ‘Uzlah (Menyendiri)

Firman Allah s.w.t.:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
“Berpeganglah kalian pada tali Allah dan janganlah bercerai-berai…“
(Ali Imran 3:103)

Ayat-ayat lain: Surah Al-Maidah, ayat 2
Surah Al-Anfaal, ayat 46
Surah Ali Imran, ayat 105

Mafhum hadith:

“Berjama’ahlah kalian, kerana sesungguhnya syaitan akan menyertai orang yang sendiri dan ia akan menjauhi orang yang berdua. Barangsiapa yang ingin masuk ke dalam taman syurga hendaklah ia beriltizam dengan jama’ah”
(Riwayat Tirmidzi)

“Barangsiapa yang memisahkan diri dari jama’ah satu jengkal, maka bererti ia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya”
(Riwayat Bukhari)

“Orang yang bergaul dengan manusia kemudian ia bersabar atas segala cacian, maka pahala baginya lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak bergaul dengan manusia lainnya dan tidak sabar atas cacian yang menimpanya”
(Riwayat Muslim)

4. Kurang Mengingati Kematian Dan Akhirat.

Mafhum Hadis:
“Dahulu aku melarang kalian berziarah kubur, namun sekarang berziarahlah kerana hal itu akan mengubah sikap hati-hati di dunia dan akan dapat mengingatkan kita pada akhirat”
(Riwayat Ahmad)
“Wahai manusia, malulah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya”. Seseorang berkata, “Wahai Rasulullah, kami pasti akan merasa malu terhadap Allah”. Rasulullah bersabda lagi, “Barangsiapa yang merasa malu, maka hendaklah ia tidak melewati malam kecuali merasakan kematian berada di pelupok matanya dan hendaklah ia senantiasa memelihara perut dan isinya, peliharalah fikirannya dan apa yang tersimpan dalamnya, senantiasa mengingat kematian dan keburukan yang ada padanya dan hendaklah ia tinggalkan perhiasan dunia”
(Riwayat Ibnu Majah)

5. Memandang Enteng Kewajipan Harian.

Contoh: lambat melaksanakan solat wajib, abaikan solat-solat sunat dan meninggalkan zikir dan istighfar. Mafhum hadith:

“Syaitan akan mengikat ujung kepala salah seorang kamu ketika sedang tidur dengan tiga ikatan. Pada setiap ikatan akan dibisikkan, ‘kamu masih memiliki malam yang panjang maka tidurlah’. Jika kamu bangun dan mengingati Allah, maka terungkai ikatan pertama. Jika kamu kemudian berwudhu’, akan terlepaslah ikatan yang kedua. Dan jika kamu melakukan solah maka terungkailah ikatan yang ketiga, sehingga kamu bersemangat dan hatimu menjadi lapang. Jika kamu tidak melakukan ketiga hal itu, maka nescaya hatimu akan menjadi sesat dan malas”
(Muttafaq ‘alaih)

6. Tubuh Dimasuki Sesuatu Yang Haram Atau Banyak Syubhah.

Firman Allah s.w.t.:
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا
ولا تتبعوا خطوات الشيطن إنه لكم عدو مبين
“Wahai manusia, makanlah segala apa yang ada di bumi yang halal dan baik dan janganlah ikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya ia adalah rnusuh yang nyata”.
(Al-Baqarah 2:168)
Ayat-ayat lain : Surah An-Nahl, ayat 114
Surah Al-Mu‘minun, ayat 51

Mafhum Hadis;

“Tubuh yang tumbuh dari suatu yang haram, maka nerakalah lebih layak untuknya”
(Riwayat Tirmidzi)

“Tinggalkan apa yang meragukan kepada yang tidak meragukan”
(Riwayat Tirmidzi)



7. Membataskan Diri Dengan Hanya Melakukan Sebahagian Sahaja Dari Syariat Islam.

Contoh: Menumpukan hanya pada persoalan tasawuf sahaja tanpa mengambil berat tentang ibadah dan aqidah. Firman Allah s.w.t.:
يأيها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كافة
ولا تتبعوا خطوات الشيطن إنه لكم عدو مبـين
“Wahai orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kalian ikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagimu”
(Al-Baqarah 2:208)

8. Mengabaikan Keperluan Jasmani

Hadis mafhumnya:

“Tuhanmu mempunyai hak atas dirimu, dirimu juga mempunyai hak atas tubuhmu, keluargamu pun mempunyai hak atas dirmu. Maka tunaikanlah dengan benar-benar hak tersebut”
(Riwayat Bukhari)

9. Tidak Bersedia Menghadapi Mehnah Dan Ujian Di Jalan Da‘Wah.

Firman Allah s.w.t.:
واعلموا أنما أمولكم وأولدكم فتنة وأن الله عنده أجر عظيم
“Dan ketahuilah bahawasanya harta bendamu dan anak-anakmu hanyalah sebahagian cubaan....”
(Al-Anfal 8:28)

Ayat-ayat lain: Surah At-Taghabuun, ayat 14-15
Surah Al-Ankabut, ayat 1-3
Surah Muhammad, ayat 31

10. Berlarutan Melakukan Ma‘Siat Dan Memandang Remeh Dosa-Dosa Kecil

Firman Allah swt:
وما أصبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير
“Dan apa sahaja yang menimpamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan (kesalahan) sebahagian besar daripada kamu”
(Asy-Syura 42:30)

Mafhum Hadis:

“Jika seorang mukmin melakukan dosa, bererti ia telah memberi setitik noda hitam pada hatinya. Jika ia bertaubat, tidak meneruskan dan memohon
BADAR 07/08

keampunan maka hatinya kembali berkilau. Akan tetapi, jika ia berulang-ulang melakukan hal itu, maka akan bertambah pula noda hitam yang menutupi hatinya, dan itulah ar-raan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah, “Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” .”
(Riwayat Ahmad dan Ashabu Sunan)

11. Melalaikan Kaedah Sunnatullah

12. Berteman Dengan Orang Yang Memiliki Penyakit Futuur

13. Aktiviti Tidak Berprogram Dan Mengikuti Marhalah

IMPLIKASI AKIBAT FUTUUR

Terhadap peribadi /diri
Terhadap amal Islami

Cara-cara Mengatasi Futuur
a. Menjauhi perbuatan maksiat dan keburukan baik yang besar mahupun yang kecil.
b. Tekun dalam melaksanakan kewajipan harian.
c. Menetapkan waktu-waktu utama untuk menyuburkan ketaatan kepada Allah s.wt.
d. Menghindarkan diri dari sikap berlebihan dalam mengamalkan agama
e. Melibatkan diri sepenuhnya dalam lingkungan jama‘ah dan tidak meniggalkannya walau dalam apa situasi dan kondisi
f. Senantiasa memerhatikan kaedah sunnatullah dan sunnaturrasul dalam kehidupan
g. Mengenalpasti bentuk-bentuk ancaman dan ujian serta mehnah
h. Teliti dan menerapkan strategi yang baik dan berkesan
i. Senantiasa menjalinkan hubungan dengan para solehin dan mujahidin
j. Memberikan waktu untuk tubuh beristirehat, makan, minum dan riadhah
k. Menjalankan kajian secara berterusan terhadap buku-buku yang membicarakan tentang perjalanan hidup atau sejarah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan umat Islam
l. Mengingati kematian dan kejadian-kejadian yang bakal terjadi selanjutnya
m. Mengingati kenikmatan syurga dan kepedihan azab neraka
n. Menghadiri majlis-majlis ilmu
o. Mengamalkan ajaran Islam secara total
p. Senantiasa melakukan koreksi diri (muhasabah)


PENGAJARAN DARI SIRAH

• Keciciran Perang Tabuk
• Kisah Hatib Bin Abi Balta’ah
• Pembinaan Masjid Dhirar
• Peristiwa Hadith al-Ifk
• Peristiwa Abu Lubabah