Saturday, January 29, 2011

Hari Anugerah di Sekolah Rendah Al – Munir..


Banner Sekolah...
Pada setiap tahun keluarga kami dijemput untuk menghadiri majlis anugerah ini. Menjadi kebanggaan ibu dan ayah kerana kejayaan anak diraikan bersama. Pada tahun ini, seperti tahun – tahun yang sebelumnya adikku Ahmad Fadhil berjaya mendapatkan tempat dalam majlis anugerah. Kali ini beliau mendapat tempat pertama dalam bidang Agama. Tahniah diucapkan kepada beliau.
.
ketika berbaris nak amik hadiah.
Buat adikku Ahmad Fahim, tidak mengapa kerana tahun depan masih mempunyai peluang untuk mendapat kejayaan bagi mendapatkan anugerah dari pihak sekolah. Walaubagaimanapun, kedua – dua adikku sangat hebat orangnya. Aku berbangga dengan kejayaan mereka. Teringat zaman ketika muda ku tapi bukan bermakna aku dah tua. Cuma teringatkan zaman persekolahan ku di sekolah kebangsaan serdang. Aku juga berjaya mendapat tempat kedua di dalam kelas 2 Anggerik dan diikuti dengan Anugerah tokoh membaca selama 3 tahun berturut – turut. Hah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hehe, macam anggut bakul sendiri pula kan,xpela bila lagi nak terkenangkan memori silam. Erm, atucara bermula pada pukul 9.30 pagi tapi kami bertolak seawal 9 pagi bagi melancarkan perjalanan. Tibanya kami pada jam 9.15 pagi, masih awal dan boleh dikira sebagai orang terawal ke sekolah. Pukul 9.40 barulah majlis dimulai dengan kata alu – aluan. Seterusnya ucapan dari pegusaha sekolah, kutipan derma untuk sekolah, persembahan nasyid dari pelajar2. Erm,dengar2 rentak macam lagu nasyid SMK Sri Perak.
“Allahu Allah
pimpinlah kami
merindui Akhirat di sana
Sesungguhnya, kami x berdaya
Melawan arus dunia”

“Marilah kita sama2 jalinkan
Ukhuwah Islam di dalam kehidupan,
Iman yang teguh sempurnakan wawasan..
Allahu Allah (2x)”
Akhir sekali barulah penerimaan anugerah bagi pelajar2 yg cemerlang..
Aku, seperti biasa menjadi photographer yg x professional. Hehe, jadilah jnji ada gmbar untuk kenangan.

nie tgh amik hadiah..


gambar kat pintu sekolah..


gambar dgn ayah dan abg fahim,.


gambar dgn ibu dan kakak..

Aktiviti akhir ialah jamuan ringan, haha.. Menariklah,Alhamdulillah rezeki hari ini.

No comments:

Post a Comment