Saturday, January 30, 2010

Bagaimana hari akhirat,syurga,neraka....

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya orang ramai telah bertanya Rasulullah s.a.w dengan berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kami dapat melihat Tuhan kami pada Hari Kiamat? Lalu Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Adakah memudaratkan iaitu berbahaya jikalau kamu melihat bulan pada malam purnama? Mereka pun menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Baginda bertanya lagi kepada mereka: Adakah berbahaya jikalau kamu melihat matahari yang tidak dilindungi awan? Mereka menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Kemudian baginda bersabda: Begitulah juga kamu akan melihat-Nya, Allah s.w.t akan menghimpunkan seluruh manusia pada Hari Kiamat dan berkata kepada mereka bermaksud: Sesiapa yang menyembah sesuatu benda, maka ikutilah benda tersebut. Bagi orang yang menyembah matahari, mereka akan mengikut matahari tersebut. Bagi orang yang menyembah bulan maka mereka akan mengikuti bulan tersebut. Manakala orang yang menyembah taghut, maka mereka akan mengikuti taghutnya itu. Jadi tinggal lagi umat ini iaitu umat yang percaya kepada Allah termasuklah orang-orang munafik yang tetap dengan kemunafikan mereka. Lalu Allah mendatangi mereka dengan bukan gambaran-Nya yang sebenarnya di mana gambaran tersebut mereka kenal dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhanmu. Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada engkau iaitu gambaran tersebut, beginilah pendirian kami sehingga Tuhan kami benar-benar datang kepada kami kerana kami mengenali-Nya. Lalu Allah mendatangi mereka dengan gambaran-Nya yang sebenarnya sebagaimana yang mereka kenali dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhan kamu. Mereka pun menjawab: Engkaulah Tuhanku. Mereka pun mengikut-Nya. Kemudian Allah merentangkan kepada mereka suatu titian yang merentangi Neraka. Maka aku bersama umatku adalah orang pertama yang menyeberanginya. pada hari itu tiada seorangpun yang dapat berbicara kecuali para Rasul. Para Rasul berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Selamatkanlah, selamatkanlah. Di dalam Neraka terdapat sejenis besi berkait seperti duri Saadan iaitu nama tumbuhan yang berduri besar, adakah kamu pernah melihat duri Saadan? Mereka pun menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya ia seperti duri Saadan yang tidak diketahui sebesar manakah bentuknya kecuali Allah. Ianya menggait manusia bersama amalan mereka. Tinggallah orang-orang mukmin bersama amalannya yang berjaya melintasi Neraka. Setelah Allah menetapkan hukuman di antara para hamba dan hendak mengeluarkan mereka dengan rahmatNya maka Dia akan memerintahkan para malaikat agar mengeluarkan mereka dari Neraka tersebut. Manakala Orang yang tidak menyekutukan-Nya dan Dia menghendakinya maka mereka dikeluarkan dari sana dengan rahmat-Nya, begitu juga bagi orang yang berkata لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ sesungguhnya para Malaikat mengenali mereka semasa dalam Neraka melalui kesan sujud. Api Neraka akan memakan seluruh anggota anak Adam kecuali kesan sujud. Allah telah mengharamkan api Neraka dari memakan kesan tersebut. Kemudian mereka dikeluarkan dari Neraka dalam keadaan hangus, lalu disiram dengan air kehidupan, maka pulihlah mereka sebagaimana tumbuhnya benih dalam kawasan banjir iaitu lumpur. Setelah Allah selesai dari mengadili hamba-Nya, tinggal lagi seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke Neraka. Dia adalah ahli Syurga yang terakhir memasukinya. Dia berkata: Wahai Tuhanku, palingkanlah wajahku dari Neraka kerana wapnya benar-benar menampar mukaku dan nyalaannya membakarku. Dia terus memohon daripada Allah sepuas-puasnya. Kemudian Allah s.w.t berfirman: Adakah kamu akan terus meminta sekiranya Aku menunaikan permintaanmu itu? Lalu dia menjawab: Aku tidak akan meminta lagi dari-Mu perkara lain. Lalu Allah memperkenankan permohonannya itu dan memalingkan mukanya dari Neraka. Apabila dia berpaling menghadap Syurga dia terus terpegun, lalu dia memohon daripada Allah dengan berkata: Wahai Tuhanku, hampirkanlah aku kepada pintu Syurga. Maka Allah menjawab: Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain dariKu, celaka sungguh engkau wahai anak Adam. Dia pun menjawab: Tidak, demi keagungan-Mu, lalu dia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu Syurga. Setelah dia berdiri di ambang pintu Syurga, terbukalah pintu Syurga dengan luas untuknya, sehingga dia dapat melihat dengan jelas segala keindahan dan kesenangan yang terdapat di dalamnya. Dia terus diam terpegun untuk seketika, kemudian dia berkata lagi: Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam Syurga. Maka Allah s.w.t berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain perkara yang telah Aku berikan? Celaka engkau wahai anak Adam. Lalu dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak mahu menjadi makhluk-Mu yang paling malang. Dia terus berdoa kepada Tuhannya tanpa berputus asa sehinggalah Allah memperkenankan permintaannya lalu berfirman kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Setelah dia memasuki Syurga, Allah berfirman kepadanya: Pohonlah lagi. Maka dia terus memohon kepada Tuhannya dan dia terus meminta sehinggalah Allah mengingatkannya dengan beberapa perkara. Setelah habis permintaannya, Allah s.w.t pun berfirman: Apa yang berlaku itu merupakan kemurahanku kepadamu dan umatmu, begitu juga kepada umat lain bersama Nabi mereka
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 267

Friday, January 22, 2010

Konsert UNIC..

Pada 19 Jan 2010,Kelab Keusahawanan UDM telah mengelola satu konsert..
Ia dibintangi oleh kump UNIC .."KONSERT SEINDAH PURNAMA"....
Seindah namanya,konsert ini diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah tepat jam 8.00 malam...Kami insan yang beriya - iya nak pergi menyaksikan persembahan itu lantas membeli tiket konsert yang berharga RM5..
boleh lah,di samping membantu pihak kelab...
Tanpa disangka - sangka,,kelas Talaqqi dianjakkan pada malam itu...
Huh,tersentak,,,xsenang duduk dah waktu itu...
Tapi mengenangkan kelas Al - Quran,digagahkan juga untuk ke kelas...
Semoga ianya bertambah berkat...
Bukan saja nk pergi berhibur,kami kena mengorbanan kelas Al - Quran..
Kelas al -Quran berjalan selama 2 jam..kami setia menanti tapi hanya Allah yang tahu perasaan kami ketika itu..
tepat jam 10mlm,hati merasa semakin resah gelisah..
Akhirnya berkat kesabaran,ustaz melepaskan kami pada jam 10.15 mlm..
Apa lagi,menceretet lari gi dewan untuk menyaksikan saki baki persembahan..
Alhamdulillah,kami masih berpeluang menyaksikan 4 buah lagu yang diperdendangkan..
bersyukur dgn rezeki kami,,kami menikmati lagu - lagu yang dipersembahkan..
Antara lagu yang diperdendangkan ialah Hanya Tuhan Saja yang Tahu,Atas Nama Cinta,Pusara Bonda,Jalan Pulang...

Thursday, January 14, 2010

Melancong...


hehehe...
bosan di asrama,,aku pun mengambil keputusan utk mengikut sahabat baik ku gi melancong di jambu bongkok..
pe de? mcm de... nk tau... meh kiter round rmh da...
de itik,angsa,ayam,kucing,arnab dan lain2...
hehehehe... jap lagi kita boleh nmpak dengan lebih jelas...
sebelum itu,kita tgk dulu front page rumah...



burung disangkar....



itik yang ciut miut...



kini giliran angsa n ayam...

Tuesday, January 12, 2010

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Sunday, January 10, 2010

KEINDAHAN YANG HILANG

DETIK-DETIK TERUS BERLALU…..
MENITI KEHIDUPAN…..
PERMUKIMAN INI KAN BERAKHIR……..
MENINGGLAKAN KENANGAN……….
KERINDUAN MENCENGKAN HATI…..
TAK SANGGUP MENGENANGKAN…..
AMANAH YANG TAK TERLAKSANAKAN…..
HASRAT TAK KESAMPAIAN…..

BUMI WAQAFAN KINI KEHILANGAN…..
KETANDUSAN JIWA YANG MEMAHAMI…..
PERJALANAN BAGAI TAK BERKEMUDI…..
TERKAPAI LEMAS DI SUDUT JAHILIYAH…..
TIADA DAYA LAGI MENGULANG KISAH SILAM…..

SUASANA MAKIN SURAM…..
GENERASI KIAN LESU…..
KEINDAHAN KINI HILANG…..
KERANA KEGERSANGAN IMAN…..
HATI BAGAIKAN TERKUNCI…..
DARI HIDAYAH MU YA RABBI…..
HANYUT DALAM KELALAIAN…..
ALAM REMAJA YANG MENGASYIKKAN…..

APAKAH MENTARI MASIH SUDI…..
MEMANCARKAN SINARNYA…..
MUNGKINKAH KEBAHAGIAN SEMALAM…..
BISA HADIR KEMBALI…..


BUMI WAQAFAN MENANTI KEBANGKITAN…..
GENERASI PEWARIS PERJUANGAN…..
USAHLAH DIBIARKANBERTERUSAN…..
LIRIKAN SENYUMAN SYAITAN MEMANJANG…..

SEDARLAH WAHAI TEMAN…..
DARI NIKMAT MEMPESONA….
MASANYA KINI TIBA…..
UNTUK MELANGKAH PERGI…..
HANYA SEKALUNG DOA DARIKU…..
AGAR KAU SUDI KEMBALI……
MENERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA…..

Saturday, January 9, 2010

Di Pagi yang hening....

10/1/10....
tepat jam 12.50 pgi...
kedengaran bunyi cengkerik menyanyi...
tatkala sebahagian manusia sedang enak di buai mimpi...
dan sebahagian masih leka berhibur,,,
kami ber4 sibuk dengan tugas tersendiri..tapi masih sempat utk ku coretkan sepatah 2 kata utk menghilangkan kebosanan diri ini...
mengapakan ianya masih terjadi?!!!!!!!!!
sedangkan banyak yang telah kami pelajari semasa thn lepas..
huish,mgkn sbb x amk ihtimam dengan pe yang berlaku...
xpun menyesal hanya utk sementara masa...
sering kali kita disogok dgn nasihat yg bertimpa2 tapi bagai mencurah ke daun keladi...
bilakah diri ini akan berubah hingga menjadi serikandi yang berjaya di dunia akhirat...
Ya Allah , aku mohon pada- Mu ya Allah..
hanya pada - Mu aku mohon pertolongan...
bantulah diri yang hina ini...
Amin...
wahai teman seperjuangan ku...
Kuat lah kita dalam menempuh ujian ini..
Semoga jasa kita semua mendapat balasan setimpal...
insyaAllah...
Jika kita membantu agama Allah,insyaAllah akan membantu kita...

Suatu Ketika Dahulu...

Suatu yang aneh apabila seorang yang rapat dengan kita suatu ketika dahulu tidak dapat mengecam kita...sedih hanya Allah sahaja yang tahu...apa boleh buat kalau memang orang itu tidak kenal akan kita...

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2003
Saya berkenalan dengan seorang kakak di suatu mesyuarat pengawas...
Ketika itu kami sedang menbincangkan perihal orentasi untuk pelajar tingkatan 1..
Asalnya saya tidak mengenali dia kerana terlalu ramai pengawas dalam blk gerakan..
Pd kebiasaannya guru penasihat kami akan mengambil kedatangan...
dari situlah kisah perkenalan kami bermula...
Ketika namanya disebut, dia bangun sambil membetulkan bajunya...
mgkn krana dia mmg menjaga pemakaiannya, kalau x pun.............
Pada ketika itu tanpa ku sedari,aku telah ketawa hingga menyebabkan dirinya perasan...aduh,x sengaja...owh,terlupa nak kata yang kakak itu duduk di hadapan ku... :)
Ku merasakan bersalah padanya,lantas ku tundukkan pandangan tapi kakak itu masih memandang tepat ke arahku...
Aduh,resah gelisah dek peasaan bersalah mentertawakan dirinya...
Akhirnya,mesyuarat tadi berakhir setelah diagihkan pembahagian tugas setiap unit...
Lega rasanya..huh, xtergambar rasanya....
15/2 dapat surat dari kakak itu...hurmm,,,nak kenal dan nak jdikan adik angkt...
Setelah aku selidik latar belakang dia..
Akhirnya aku bersetuju untuk menerima kakak itu sebagai kakak angkat ku...
Setelah itu dia seorang kakak angkat yang sangat rapat denganku...
Byk perkara yang kami kongsi bersama, saling bertukar nasihat dan pandangan...
Senang kata ibarat belangkas lah yang boleh di umpamakan terhadap kami...
Sayangnya hari yang ku sangka panas tidak sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari...kami terpisah kerana kakak angkatku sudah hampir menghabiskan zaman persekolahan nya...
Saya tahu itu dan dia berjanji akan sentiasa menghubungi aku...
Aku berpegang akan janjinya untuk CUDIPT...

Tahun 2004

Sedihnya kerana tidak lagi bersama kakak angkat ku...
Xpe lah,,,yang pergi biarkan pergi...
Kakak Naimah sahabat karibnya telah diamanhkan utk memberi no hensetnya kepadaku...
Aku sangat gembira...petang itu tanpa menunggu walau sesaat aku terus menelefon dia..
Semestinya dia masih ingat kerana dia yang meminta sahabatnya memberikan nombornya siang tadi..Kami bersembang utk menghilangkan rasa rindu...
Aku masih menghubunginya walaupun bukan acapkali tapi itu sudah pun memadai bagiku..
Dia masih lagi sama, terus memberi kata semangat kepadaku...Aku bersyukur kerana dikurniakan Kakak sebegitu rupa...
Ketika result Spm di umumkan..
Aku tidak sempat utk berjumpa denganya mungkin kerana kelas yang terlalu padat..
Dia juga terlalu sibuk menguruskan perihal nya..
Tapi aku masih sempat melihatnya dari jauh...
Alhmdulillah,,asalkan blh dari tidak...
Selepas itu,,kami hanya berhubung melalui telefon...
Sampai satu ketika dia memberi tahu kepadaku bahawa dia telah terpilih utk menyambung pengajian di Kolej Mara Kulim..
Tahniah dan alhmdlh ku ucapkan padanya...
Ketika trial PMR,aku cuba menghubunginya tetapi tidak berhasil...
Aduh,,,kenapa ye?
Slps PMR aku masih tidak dapat menghubunyinya...
22 Nov menjelma... seakan tidak percaya kakak ku ada mengirimkan kad birthday kepadaku...hingga ke hari ini aku masih menyimpannya...
Rupa-rupanya, hp dia hilang...
mujur dia masih menyimpan alamat rumahku...
Bila dia membeli hp baru,dia memberikan nombor baru kepadaku...
Aku terus menghubunginya seperti biasa hingga saat SPM sebenarnya...

Tahun 2005 - 2006
Dia memberitahu ku dia telah menamatkan pengajian di Kolej Mara Kulim...
InsyaAllah akan menyambung kembali pelajaran di UITM Shah Alam,,
Aku gembira kerana masih lagi mendengar berita tentangnya...
Tiba - tiba,Sekali lagi dia tidak dapat dihubungi...
Ya Allah tabahkan lah hambaMu ini...
Pelbagai cara aku lakukan namun masih tidak ku temukan...
Tapi aku tidak pernah berputus asa...Aku terus mencuba dan mencuba lagi dengan harapan akan dapat menghubunginya lagi...
Tetapi aku masih gagal..Akiu beranggapan mungkin haya sampai di sini sahaja kisah aku dan kakakku...

Tahun 2007 - 2008

Aku masuk tingkatan 6 di KOlej Islam...
Suatu hari,terdetik hati ku utk menatap majalah sekolah..
tiba-tiba,aku nampak biodata seorang lagi sahabat baiknya Kakak Azizah dan kak Fatihah..
Lantas aku mencuba nasib sekali lagi...
Malang tidah berbau kerana mereka juga tidak mengetahui keberadaan kakakku...
Hingga saat akhir aku di Kolej Islam aku masih tidak dapat mencari kakakku...

Tahun 2009
Kini aku bergelar seorang siswi...
Dimana ya?....
Aku bukan masalah utama,,,
Aku masih dan terus mencarinya...
Habis seluruh pelusuk Internet aku jejaki..
Dapat maklumat tentangnya tapi ianya tidak membantuku...
Dari situ aku dapat tahu Sem depan adalah sem akhir dia...
Dan dia juga adalah pemegang Biasiswa JPA...
tapi masih tidak tahu bagaimana utk menghubunginya...
Kecewanya hanya Allah yang tahu..
Tapi aku tanamkan kata - kata bahawa ada hikmah di sebalik semuanya...

Tahun 2010

Bagaikan rahmat tahun baru,pada 1 / 1 / 10...
Aku dapat menjejak kesannya di internet...
Alhmdlillah,syukur kepada Allah yang Maha Esa..
mungkin ini balasan terhadap kesabaranku dahulu...
Aku add dia di salah satu laman sosial...
Alhmdulillah,dia terima tapi tiada balasan seperti mana aku teruja...
Mgkin kerana dia terlalu sibuk hingga tidak sempat utk membalas emel ku...
Tapi secara jujurnya aku sangat teringin utk berbicara denganmu wahai kakakku...
7/1/10...aku gi pustakaan...
Asalnya utk mencari bahan tapi dek kerana kakakku on9,aku sangat teruja utk YM dengannya...utk berkongsi pengalaman n cerita sepertimana
suatu ketika dahulu... MAlang sungguh nasibku apabila dia dengan slumbernye menanyakan kembali siapakah aku...
Ya Allah,,,
Bagai terjatuh ditimpa tangga...sedihnya bukan kepalang...
Sedikit pun tentang diriku tidak mampu utk dia ingati...

Apakah yang berlaku sebenarnya?
Lupa,tidak lupa,buat - buat lupa...
Sungguh ianya mengganggu dibenakku...
Ya Allah bantu lah daku ini...
AMIN!!!!!!!!!!!

Friday, January 8, 2010

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH...

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah

"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu"

Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seibu soalan

Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIMAT,

Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran MUSLIMAT, Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat.

Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah.

4 perkara...

www.iLuvislam.com
EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN
1.Makan daging
2.pakai haruman
3.kerap mandi
4.Pakaian kapas
EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
1.Banyak berkelamin
2.Selalu cemas
3.Banyak minum air ketika makan
4.Makan benda masam
EMPAT PERKARA PENAJAM MATA
1.Mengadap kiblat semasa belajar
2.Bercelak sebelum tidur
3.Memandang yang hijau
4.Pakaian bersih
EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA
1.Melihat najis
2.Melihat aurat
3.Melihat kemaluan
4.Membelakangkan kiblat
EMPAT PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
1.Tidak banyak bual kosong
2.Rajin bersugi
3.Bercakap dengan orang soleh
4.Bergaul dengan orang ulama’
EMPAT PERKARA MENUMPULKAN FIKIRAN
1.Banyak angan-angan
2.Tonton filem
3.Tidur lewat
4.Banyak bual kosong
EMPAT PERKARA MENAMBAHKAN REZEKI
1.Membanyakkan sedekah ikhlas
2.Bangun sebelum subuh
3.Tolong bayar hutang orang
4.Jujur dan amanah
EMPAT PERKARA MENGURANGKAN REZEKI
1.Tidur lepas subuh
2.Bakhil
3.Tidak bayar hutang
4.Menipu

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum...

Assalamualaikum...
ISLAM TERBIT DI SUDUT HATIKU

Islam,
Kau muncul di saat aku terkapai-kapai
Di lautan keajaiban
Yang penuh kesesatan

Islam,
Kau Syuhada
Kau lepaskan tirai kegelapan
Kau sinari pancaran gemilang
Memberi kami seribu harapan
Petunjukmu yang kudus
Menyuluhku ke pentas ynag suci

Islam,
Kau lengkapkan segala pedoman
Dari bintang ke dasar lautan
Penuh dengan kesempurnaan
Tiada cacat walau sekuman
Makrifatmu luas tiada terbilang

Islam,
Ku ingat segala panduanmu
Sabar, amanah dan ikhlas
Tetap jadi peganganku
Iman tetap di sudut hatiku
Kini ku tiada curiga
Walau ombak datang menggugat
Keimananku pasti tetap terpahat
Tiada terbalas budimu tuan
Rasul terakhir mengutus panduan
Hanya mampu aku memohon
Ke hadrat Tuhan
Agar engkau dilimpahkanNya
Segunung rahmat
Amin…