Sunday, January 30, 2011

Keranamu Udang..



Erm,hari ini tok masak kari udang..uu,sedapnyer hingga xterkata..tetiba rasa cam nk jd cam budak2 yg nk berebut makanan..makan dengan agak bersungguh,then..jeng3x..adoi,jari manisku..berdarah sebab tercucuk dgn kulit udang,pedihnyer..mungkin sebab terkejut jd da tertarik lg panjang..cukup seinci kalau xsalah ku..erm,xkan ku ulangi perkara keanak2an ini..hehe,abih berdarah,pedihnyer Ya Allah..semuanya gara2 udang hariamu..aum…

Saturday, January 29, 2011

Hari Anugerah di Sekolah Rendah Al – Munir..


Banner Sekolah...
Pada setiap tahun keluarga kami dijemput untuk menghadiri majlis anugerah ini. Menjadi kebanggaan ibu dan ayah kerana kejayaan anak diraikan bersama. Pada tahun ini, seperti tahun – tahun yang sebelumnya adikku Ahmad Fadhil berjaya mendapatkan tempat dalam majlis anugerah. Kali ini beliau mendapat tempat pertama dalam bidang Agama. Tahniah diucapkan kepada beliau.
.
ketika berbaris nak amik hadiah.
Buat adikku Ahmad Fahim, tidak mengapa kerana tahun depan masih mempunyai peluang untuk mendapat kejayaan bagi mendapatkan anugerah dari pihak sekolah. Walaubagaimanapun, kedua – dua adikku sangat hebat orangnya. Aku berbangga dengan kejayaan mereka. Teringat zaman ketika muda ku tapi bukan bermakna aku dah tua. Cuma teringatkan zaman persekolahan ku di sekolah kebangsaan serdang. Aku juga berjaya mendapat tempat kedua di dalam kelas 2 Anggerik dan diikuti dengan Anugerah tokoh membaca selama 3 tahun berturut – turut. Hah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hehe, macam anggut bakul sendiri pula kan,xpela bila lagi nak terkenangkan memori silam. Erm, atucara bermula pada pukul 9.30 pagi tapi kami bertolak seawal 9 pagi bagi melancarkan perjalanan. Tibanya kami pada jam 9.15 pagi, masih awal dan boleh dikira sebagai orang terawal ke sekolah. Pukul 9.40 barulah majlis dimulai dengan kata alu – aluan. Seterusnya ucapan dari pegusaha sekolah, kutipan derma untuk sekolah, persembahan nasyid dari pelajar2. Erm,dengar2 rentak macam lagu nasyid SMK Sri Perak.
“Allahu Allah
pimpinlah kami
merindui Akhirat di sana
Sesungguhnya, kami x berdaya
Melawan arus dunia”

“Marilah kita sama2 jalinkan
Ukhuwah Islam di dalam kehidupan,
Iman yang teguh sempurnakan wawasan..
Allahu Allah (2x)”
Akhir sekali barulah penerimaan anugerah bagi pelajar2 yg cemerlang..
Aku, seperti biasa menjadi photographer yg x professional. Hehe, jadilah jnji ada gmbar untuk kenangan.

nie tgh amik hadiah..


gambar kat pintu sekolah..


gambar dgn ayah dan abg fahim,.


gambar dgn ibu dan kakak..

Aktiviti akhir ialah jamuan ringan, haha.. Menariklah,Alhamdulillah rezeki hari ini.

Friday, January 28, 2011

Balik Kampung Halaman..

Yeah ari nie balik kampong, walaupun baru 4 minggu memulakan pengajianku di sini tapi rasa macam sudah lama tidak berjumpa dengan ayah serta bondaku..Erm, 27hb tarikh keramat bagiku kerana aku akan pulang ke rumahku di Teluk Intan. Banyak perkara yang harus ku uruskan antaranya ialah pertukaran tempat praktikalku dan len2. Erm, ku pukul 9 mlm tapi aku sudah berada di perhentian bas seawal 6.00 ptg.



Sesuatu yang mengejutkan ku keluarga tunangku datang menziarahi ku. Tapi bukanlah semata – mata nak melawatku, tetapi ada keperluan yang menyebabkan kedatangan mereka di Kuala Terengganu. Ibarat kata pepatah “alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”, alang2 dh sampai Terengganu, molek dtg melawat. Huish, sukar dipercayai ketika itu,malu ada segan pun ada. Macam serba tak kena saja dibuatnyer. Kami pergi makan2 di Mydin Mall, pergi beli barang sket then antar ke perhentian bas.
Asyik, terima kasih diucapkan kepada keluarga bakal mertuaku. InsyaAllah, amin.. aku lepak di masjid sebab lama lagi nk tunggu ke pukul 9 mlm. Seusai solat jama’ qasar magrib isyak aku bergegas ke perhentian bas. Cepat2 untuk mengisi ruang kekosongan perut sebelum ianya mula memainkan muzik. Haha, Nasi Ayam dan air suam satu. Tengah2 makan dtg plak junior ku seorang makan, mujur gak la dia x perasan aku kat situ. Abis makan, aku terus ke bas. Malam ni aku naik bas NINI. Wah, khidmat bas NINI dah di upgradekan la. Huis, Subhanallah cantiknyer.



Tengok no seat, mak ai no 1. Semangatnyer nk blk, okla juga xde la bosan asyik kena dok belakang je. Kali ni blh tgk pemandangan yg luas di hadapan tanpa sempadan, kononnyer la.


Wah, satu yang unik bagiku kerana kat seat bas dah ada seat belt. Cam dok dlm kete lak grupenyer. Hehe, tgk nie cantikkan.

Tuesday, January 11, 2011

Dia Ahli Syurga..


Aku terpanggil untuk berkongsi cerita yang telah lama bagi mengisi kekosongan blog ku ini. Dia seorang ahli syurga, bukan mengenai sahabat Nabi, para Wali dan sebagainya. Subhanallah, Maha Suci Allah. Dia yang menciptakan setiap sesuatu ada hikmahnya. Siti Khadijah yang dilahirkan tidak sempurna sebagaimana kita semua. Tapi dia mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dia merupakan ahli syurga. Tahniah buat kelurga maksu kerana diberi peluang oleh Allah Taala untuk menjaga salah seorang dari ahli syurga. Dia bukan darah daging Mak Su, dia anak angkat Mak Su kerana sampai ke hari ini Mak Su tidak dikurniakan anak. Kini, Mak Su mempunyai 2 orang cahaya mata angkat iaitu Siti Aminah dan Siti Khadijah. Bukan senang kalau nak difikirkan untuk menjaga seorang yang kurang upaya yang bukan darah daging sendiri tetapi Maksu berjaya membuktikannya. Kami memanggilnya Jijah dan kini dia telah berusia 3 thn setengah tapi hanya mampu terbaring dan tersenyum bagi sesuatu yang dia rasakan kelakar. Dia suci bagai bayi yang baru dilahirkan semalam dan akan kekal begitu hingga ke akhir hayatnya. Maha Suci Allah memberikan Jijah keluarga angkat yang amat menyayanginya, dia ditatang seperti minyak yang penuh, dia dilimpahi dengan sepenuh kasih sayang dan dijaga dan diberi rawatan yang bersesuaian dengan dia.




bersama keluarga tercinta...