Tanggal 13 November 2010 merupakan salah satu tarikh yang amat bermakna bagiku. Hari ni aku akan dikhitbah oleh seseorang yang kurasakan mampu untuk menjadi ketua bagi keluarga yang bakal kudirikan x lama lagi amin. Sanak saudara telah berkumpul untuk memeriahkan lagi majlis pertunanganku. Terima kasih bebanyak.
Nie gambar adik beradik ibu ku..
Nie plak gambar si kecil..
Erm, sebelum tu macam2 perkara yang perlu aku uruskan, kononnyer. Hehe.. Alhamdulillah ibu ayah yang menguruskan semuanya kerana aku masih seorang student yang tidak mempunyai mata pencarian. Hantaran semua ibu ayah beli, aku Cuma masuk2 kan dalam bekas sahaja. Alhamdulillah, sanak saudara juga banyak memberi makanan sebagai hantaran pada pihak lelaki. Ada 11 kesemuanya, Alhamdulillah dan jutaan terima kasih sekali lagi. 5 dari ibu ayah 6 lagi dari saudara maraku.
Serban
Buku
Baju, kain pelikat, tasbih,
Sejadah
Kek
Biskut raya,
Coklat
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRIW3GKOn2pTnQniBCTqBcUNCn8FpUoLyFVgdAazsmC3QIdgoY5SpRi6CKz3Afy_QegCp9aP4iRj-L3mZCQVDyCYa4zNZ5HeoeiTFEw7-1hStMwXvfvlMXonEy-buDpiyQziqpGqhck8A/s1600/SANY0145.JPG">
Cup cake
Gula
Pulut kacau
Seawal pagi aku mengemas katil ku dengan menggunakan kembali katil serta cadar kawin ibu ayahku. Masih elok, cantik dan boleh digunakan. Inilah hasilnya.
Kemudian aku pun bersiap. Huish, punyalah ramai mak andam terjun untuk menyiapkan aku. Asyik kena marah je, ye la perginyer pakaikan benda yang aku xpernah guna macam eye liner, maskara dan lain2 alat mekap. Huh, macam patung aku dibuatnyer. Hehe, terima kasih la pada Kak Adha, Kak Ain, dan yang selainnyer.
Semua yang ku pakaikan secara luaran merupakan tajaan semua pihak. Tudung dari mak su, kerongsang dari ibuku, baju dari mak chak, stoking ibuku. Terima kasih juga pada camera women ku Amirah Syuhada kerana mengcapture foto2 ku.
Siap semuanyer, ibu ayah dipanggil untuk bergambar sekali.
Saat dinanti – nantikan, keluarga pihak lelaki tiba dan disambut saudara mara ku.
Perasaan berdebar manghantuiku. Ya Allah,semoga semuanyer berjalan dengan lancar, amin. Sedang orang tengah sibuk membincangkan semuanya kat ruangtamu…..
Aku dengan sepupu lain bergalak di bilik merakamkan kenangan yang indah..
Tiba saat nak sarungkan cincin, adoi…Berdebarnyer…Ya Allah, tolonglah hambaMu ini..
Akhirnyer, sedikit jamuan ringan sebelum pihak lelaki berangkat pulang..
Ni hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan..
Sejadah
Telekung
Kain persalinan
Tepak sireh
Buah – buahan
Tuala
Cincin
Owh, sebelum terlupa. Inilah dia bakal ketua keluargaku. Bakal pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. Amin..
RESIPI KEK PAUN OREN
11 months ago
No comments:
Post a Comment