Tuesday, March 30, 2010

X'm is around d corner...

Sedar xsedar nk abh dah sem 2 ni...
Start x'm 18 hb 4 ni..
Plz wish me luck k...
May Allah bless us..AMIN...
Smg dpt menjawab soalan dgn mudah...
And x lupa balas jasa ibu ayah....Bye2 sem 2...
Ahlan Wasahlan sem 3...

Sunday, March 14, 2010

Program BTN...

Salam...
Lama sudah tidak bersua muka...
Nk citer sket pengalaman kat program Btn...
Ia dijalankan kat Kem Damai Resort,Besut..
xjauh la dari UDM..
Saje je nak pergi coz de kawan gi sekali lagi satu leceh kalo kena gi time keja...
So,amk kptsn g je r kali ni bersama sahabat2..
Time nak gi tu semangat r...hehehe,,maklumlah keluar dari UDM...
OTW,,alamak,sakit kepala r plak...
pusing n berat je kepala ni...
Erm,,,sampai je kat Kem Damai Resort,,,
jeng3x,,,ok r tmpt da,,,
Cam besa smpai,tklimat sket,mkn,solat,slot pngnalan...
pastu,riadah n ceramah,,,
Time nak bhgi kumpulan tu rasa xlarat je,,,
so,dok la blkg sbb skit kepala...
Erm,time mkn mlm of course r xlalu...
Sok pagi,rasa x larat je...
Tp gagahkan juga r kawad..
Puh3x pitam lak,,,malunyer...Allah je tahu...
Time sarapan fasi srh g Hospital Jerteh..
gi je r...cz de seorg student laki nak g..
alih2 da xpegi,,tmbah org lain plak...
3 org semuanya...
2 pmpuan,1 Laki....
sma kos lak tu...tp bkn boikot k...
kbtulan x sihat pada waktu yg sama...
Siap kul 8,gi kul 9..
Erm,sampai kat hospital masuk tmpt kecemasan...
Biar x cemas mana pun...
Alih2x doktor kata demam.. 37.9 oc...
heheh,,,semangat sangat nak gi pah demam jd..
Blk r dgn muka toye nyer...
Blk trus kna join prgrm strusnyer...
LDK 1,,,spt biasa sesi taaruf...
kump ke 7,ketua Faiz,pen Kak Hajar..
best r juga,,antara ahli kump : Faiz,Taufiq,Adli,Shahril,Kak Hajar,Kak Melah,Kak Aisyah,Kak Suria,Su Yil,Kiro,Kak Fatin n saya...
fc kami : En Fauzi...
kump LDK strusnye...
saya dpt escape time riadah je,,
de kembara masak kat pantai n berlakon..
best2..
Erm,pagi de night walk kul 2.30 pg,,
dah nama pun x sehat,nek keta je r..
kna g gak,,igt blh rehat kat blk je..
dok r kat situ sejuk2..
huh,sabo je r...
mcm2 r...pastu slt subuh kat tepi pantai..
amk air solat kat pntai r..
sejuk Allah je yg tau...
pastu gi wt prgrm abseiling and absticle..
wat abseiling je pastu rasa nk tumbang...
rht je r...
akhirnya slps 4 hari 3 mlm,tiba saat dinantikan blk U,..
wah,,mcm dah nk kebah demam..
rupanya makin truk...
dpt cuti 3 hari lgi...
lama btl demam kali ni..

Friday, February 12, 2010

Cuti Datang Lagi..

Alhamdulillah...
setelah sekian lama,pada 10hb 2 saya dapat pulang ke KAMPUNG HALAMAN yang sangat saya rindui...maklumlah lama xjumpa dgn ayah ibu pastinya..upin dan ipin,,,xlupa pada katil kesayangan saya,,
saya bertolak dari Kuala Terengganu pada jam 9 mlm,,,
sblm itu,mari kiter tinjau apa yang dah berlaku sebelum itu,,,
pada pagi rabu,,saya terpaksa menyiapkan assigment saya,,student r katakan...
siap edit and print,,baru tau assingment kna antr pas raya Cina,,ermm,,bagus gak saya dah siap lps satu bebanan,,,
pastu kami ada liqa' siasah dgn Ustaz...
takut juga,,doa byk2 msuk r blk ustz,,
erm,,beg nk blk kpg ptg ni xsiap lgi kms..
alohai,,,malasnyer,,,
abh liqo' kelam kabut kms brg,,
tkt tercicir,,
bkn senang klo tertinggal brg...
kul 6,,saya pun bersiap nk ke MBKT..
nk tumpang orang...kak jie...
heheh,,igt nk tumpang g MBKT je..
tp kak ji bwa g jln rmh da plak..
bagai org ngntuk bantal..
pergi je r,,bkn sng nk dtg,,,
wah,,rmh pling hujung..de sungai kat tepi...
ayam sekandang...huh,,,bot lagi,,
terasa mcm nak kerabat naik je...
lps slt magrib,kak jie antr g MBKT dgn Wena..
hehe,,,gi isi perut kerana gendang sedang berbunyi..
mkn nasi ayam goreng dgn air teh ...
owh,,nk dkt kul 9mlm,,
cpt,,bas ku,,,xde lgi rupanya...sbo je r..
yang terharunyer ramai antr nk blk kali ini,,,
bangga lak rasanyer,,,
bertolak kul 9.20 mlm...
kul 5,,sampai kat stu perhentian ni,,,
nk g amk wudhu kononnyer,,
punya nk cpt,abh terjatuh,,
sdhnyer,,pagi2 dh terjth,,,
redha je r...
smp kat tapah kul 6.15...
ayah datang amik,,gi slt kat sek ayah...
jmp ckgu2 lama,,warden,,,pentadbir asrama,,,kak ton,,dll...
pastu g isi perut...dh lama xsarapan pgi,,,
pagi ni ayah belanja...sedap...
pasni de date dgn ibu lak,,,
gi plak sek ibu dgn xmndi lagi,,
adoi,,hehehee,,,,cri pya cari jln xjmp....
patah blk,,kat sek ayh,,,mana tah jln nk g sek ibu,,,
ikut jln blkg bru jmp..
to nk cri lrg msuk sek ibu pya r susah,,,
Allah je yg tahu,,,dh sampai tu lega...
kna tahan plak dgn pak guard...erm,,nasib,,,
mcm2 tya nk jmp sapa r,,atas urusan pe r...
cri ibu kat kntin,,ibu tgh sarapan...xjoin r cz dh kenyang ayah blnja tdi...
smp rmh kul 11...
wah,,dari kul 9 mlm,,,kul 11 bru smp rmh...
erm,,trus g dpur cz ibu dh klrkn ikan..
masak dulu baru mndi,,
abh tu kms rmh,,cm bese...
pstu rmh,,,soknyer blk kpg kat penang lak...
asyikk....

Tuesday, February 2, 2010

HIKMAH vs MUSIBAH

Di antara hikmah di balik terjadinya musibah adalah :

1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.

Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.

2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.

Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)

3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.

Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.

Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)
Dipetik dari buku La Tahzan ,Jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan karangan Dr 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu.

Saturday, January 30, 2010

Bagaimana hari akhirat,syurga,neraka....

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya orang ramai telah bertanya Rasulullah s.a.w dengan berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kami dapat melihat Tuhan kami pada Hari Kiamat? Lalu Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Adakah memudaratkan iaitu berbahaya jikalau kamu melihat bulan pada malam purnama? Mereka pun menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Baginda bertanya lagi kepada mereka: Adakah berbahaya jikalau kamu melihat matahari yang tidak dilindungi awan? Mereka menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Kemudian baginda bersabda: Begitulah juga kamu akan melihat-Nya, Allah s.w.t akan menghimpunkan seluruh manusia pada Hari Kiamat dan berkata kepada mereka bermaksud: Sesiapa yang menyembah sesuatu benda, maka ikutilah benda tersebut. Bagi orang yang menyembah matahari, mereka akan mengikut matahari tersebut. Bagi orang yang menyembah bulan maka mereka akan mengikuti bulan tersebut. Manakala orang yang menyembah taghut, maka mereka akan mengikuti taghutnya itu. Jadi tinggal lagi umat ini iaitu umat yang percaya kepada Allah termasuklah orang-orang munafik yang tetap dengan kemunafikan mereka. Lalu Allah mendatangi mereka dengan bukan gambaran-Nya yang sebenarnya di mana gambaran tersebut mereka kenal dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhanmu. Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada engkau iaitu gambaran tersebut, beginilah pendirian kami sehingga Tuhan kami benar-benar datang kepada kami kerana kami mengenali-Nya. Lalu Allah mendatangi mereka dengan gambaran-Nya yang sebenarnya sebagaimana yang mereka kenali dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhan kamu. Mereka pun menjawab: Engkaulah Tuhanku. Mereka pun mengikut-Nya. Kemudian Allah merentangkan kepada mereka suatu titian yang merentangi Neraka. Maka aku bersama umatku adalah orang pertama yang menyeberanginya. pada hari itu tiada seorangpun yang dapat berbicara kecuali para Rasul. Para Rasul berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Selamatkanlah, selamatkanlah. Di dalam Neraka terdapat sejenis besi berkait seperti duri Saadan iaitu nama tumbuhan yang berduri besar, adakah kamu pernah melihat duri Saadan? Mereka pun menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya ia seperti duri Saadan yang tidak diketahui sebesar manakah bentuknya kecuali Allah. Ianya menggait manusia bersama amalan mereka. Tinggallah orang-orang mukmin bersama amalannya yang berjaya melintasi Neraka. Setelah Allah menetapkan hukuman di antara para hamba dan hendak mengeluarkan mereka dengan rahmatNya maka Dia akan memerintahkan para malaikat agar mengeluarkan mereka dari Neraka tersebut. Manakala Orang yang tidak menyekutukan-Nya dan Dia menghendakinya maka mereka dikeluarkan dari sana dengan rahmat-Nya, begitu juga bagi orang yang berkata لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ sesungguhnya para Malaikat mengenali mereka semasa dalam Neraka melalui kesan sujud. Api Neraka akan memakan seluruh anggota anak Adam kecuali kesan sujud. Allah telah mengharamkan api Neraka dari memakan kesan tersebut. Kemudian mereka dikeluarkan dari Neraka dalam keadaan hangus, lalu disiram dengan air kehidupan, maka pulihlah mereka sebagaimana tumbuhnya benih dalam kawasan banjir iaitu lumpur. Setelah Allah selesai dari mengadili hamba-Nya, tinggal lagi seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke Neraka. Dia adalah ahli Syurga yang terakhir memasukinya. Dia berkata: Wahai Tuhanku, palingkanlah wajahku dari Neraka kerana wapnya benar-benar menampar mukaku dan nyalaannya membakarku. Dia terus memohon daripada Allah sepuas-puasnya. Kemudian Allah s.w.t berfirman: Adakah kamu akan terus meminta sekiranya Aku menunaikan permintaanmu itu? Lalu dia menjawab: Aku tidak akan meminta lagi dari-Mu perkara lain. Lalu Allah memperkenankan permohonannya itu dan memalingkan mukanya dari Neraka. Apabila dia berpaling menghadap Syurga dia terus terpegun, lalu dia memohon daripada Allah dengan berkata: Wahai Tuhanku, hampirkanlah aku kepada pintu Syurga. Maka Allah menjawab: Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain dariKu, celaka sungguh engkau wahai anak Adam. Dia pun menjawab: Tidak, demi keagungan-Mu, lalu dia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu Syurga. Setelah dia berdiri di ambang pintu Syurga, terbukalah pintu Syurga dengan luas untuknya, sehingga dia dapat melihat dengan jelas segala keindahan dan kesenangan yang terdapat di dalamnya. Dia terus diam terpegun untuk seketika, kemudian dia berkata lagi: Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam Syurga. Maka Allah s.w.t berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain perkara yang telah Aku berikan? Celaka engkau wahai anak Adam. Lalu dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak mahu menjadi makhluk-Mu yang paling malang. Dia terus berdoa kepada Tuhannya tanpa berputus asa sehinggalah Allah memperkenankan permintaannya lalu berfirman kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Setelah dia memasuki Syurga, Allah berfirman kepadanya: Pohonlah lagi. Maka dia terus memohon kepada Tuhannya dan dia terus meminta sehinggalah Allah mengingatkannya dengan beberapa perkara. Setelah habis permintaannya, Allah s.w.t pun berfirman: Apa yang berlaku itu merupakan kemurahanku kepadamu dan umatmu, begitu juga kepada umat lain bersama Nabi mereka
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 267

Friday, January 22, 2010

Konsert UNIC..

Pada 19 Jan 2010,Kelab Keusahawanan UDM telah mengelola satu konsert..
Ia dibintangi oleh kump UNIC .."KONSERT SEINDAH PURNAMA"....
Seindah namanya,konsert ini diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah tepat jam 8.00 malam...Kami insan yang beriya - iya nak pergi menyaksikan persembahan itu lantas membeli tiket konsert yang berharga RM5..
boleh lah,di samping membantu pihak kelab...
Tanpa disangka - sangka,,kelas Talaqqi dianjakkan pada malam itu...
Huh,tersentak,,,xsenang duduk dah waktu itu...
Tapi mengenangkan kelas Al - Quran,digagahkan juga untuk ke kelas...
Semoga ianya bertambah berkat...
Bukan saja nk pergi berhibur,kami kena mengorbanan kelas Al - Quran..
Kelas al -Quran berjalan selama 2 jam..kami setia menanti tapi hanya Allah yang tahu perasaan kami ketika itu..
tepat jam 10mlm,hati merasa semakin resah gelisah..
Akhirnya berkat kesabaran,ustaz melepaskan kami pada jam 10.15 mlm..
Apa lagi,menceretet lari gi dewan untuk menyaksikan saki baki persembahan..
Alhamdulillah,kami masih berpeluang menyaksikan 4 buah lagu yang diperdendangkan..
bersyukur dgn rezeki kami,,kami menikmati lagu - lagu yang dipersembahkan..
Antara lagu yang diperdendangkan ialah Hanya Tuhan Saja yang Tahu,Atas Nama Cinta,Pusara Bonda,Jalan Pulang...

Thursday, January 14, 2010

Melancong...


hehehe...
bosan di asrama,,aku pun mengambil keputusan utk mengikut sahabat baik ku gi melancong di jambu bongkok..
pe de? mcm de... nk tau... meh kiter round rmh da...
de itik,angsa,ayam,kucing,arnab dan lain2...
hehehehe... jap lagi kita boleh nmpak dengan lebih jelas...
sebelum itu,kita tgk dulu front page rumah...



burung disangkar....



itik yang ciut miut...



kini giliran angsa n ayam...